Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Get This.

Jangka Usia Blog Epy

Daisypath Anniversary tickers

Teman blogger

I'm not a PLAYBOY...



(gambar hiasan....hahaaha....)

                Asar itu, rumah teres 1 tingkat dikerumuni orang. Hanya ahli keluarga dan beberapa orang luar sahaja yang ada. Hal ini harus dirahsiakan. Awan mendung sejak pagi tadi akhirnya menitiskan jua air. Sama seperti hati aku dikala ini. Berkali-kali aku menyoal diriku, dan setiap kali itu soalan hanya soalan, tanpa jawapan.

                “aku terima nikahnya, Huda Ellina binti Ahmad Fauzi dengan mas kahwin RM 22.50 dan sekeping wang dinar”

                “Huda...please sayang...dengar kata ibu. Huda sayang ibu dengan ayah kan. Nikah dengan dia, sayang”
                “tapi ibu...” air mataku jatuh sekali lagi. Cukup murah air mataku saat ini.

                Pak imam yang menjadi tok kadi berpusing ke kanan dan ke kiri.
                “sah?”
                “sah...” jawab saksi yang pertama.
                “sah?”
                “sah...sah...” jawab saksi yang kedua.

                Encik Fauzi hanya berdiri di muka pintu bilik membelakangkan isteri dan anak perempuannya.
                “ayah....jangan buat macam ni ayah!!! Jangan palingkan muka ayah dari Huda, ayah! Huda tak nak jadi anak derhaka! Ayah...” air mataku mengalir lebih deras. Puan Aishah juga turut mengalirkan air matanya melihat keadaan anak gadisnya.
                “ibu...jangan nangis ibu. Air mata ibu tak ternilai harganya bagi Huda” Huda buntu. Dirinya terasa ditelan mati emak, diluah mati ayah.
                “huda....huda ikut cakap ayah. Huda nikah dengan dia. Jadi....ayah tolong jangan alihkan pandangan ayah dari Huda....” akhirnya aku akur juga dengan takdir ini. Ya Allah, sekiranya ini takdirku,aku terima dengan redha. Tapi aku mohon jangan jadikan aku hamba yang derhaka pada-Mu dan pada kedua ibu bapaku,  ya Allah. Sesungguhnya, hati ini lebih sakit menjadi seorang anak yang derhaka.

                Usai upacara membatalkan air sembahyang, tok imam mengakhiri majlis akad nikah dengan doa dan tasbir kifarah. Beberapa fotographer yang diupah datang menghampiri mengambil gambar nikah aku dan dia.
                “Nadzir... tolong rapat sikit dengan isteri kau tu” arah salah seorang photographer.
                Aku pandang dia. Tajam. Aku tidak suka dia. Aku benci! Kerana dia aku tersepit dalam situasi sekarang ini.
                Pinggangku dirakul dia. Hampir melatah aku dibuatnya. ‘lepaslah!’ bisikku.
                Nadzir buat endah pada bisikkan isterinya. Pura-pura tidak mendengar. Pinggang Huda makin ditarik rapat dengannya hingga tinggal seinci.
                Cup!!!
                Satu ciuman hinggap pada dahi Huda Ellina. Huda terus terdiam dan kaku.
                ‘padan muka. Banyak sangat songeh isteri aku ni’ omel Nadzir dalam hati. Senyuman di bibir akhirnya terukir sendiri melihat isterinya terkaku.
                “puan Huda, boleh cium tangan suami awak?” arah photographer itu lagi.
                “owh...ba...baik” hishhh...laki ni kan...mentang-mentang aku ni bini dia, sesedap jus je nak kiss dahi aku.
                Tangan kanan Nadzir disalam lembut oleh huda. Perlahan-lahan bibir Huda bersentuhan dengan kulit Nadzir. Ya Allah, sekiranya hati aku rela dalam pernikahan ini, pastinya hari ini akan jadi lebih indah.
                Saat kepala Huda diangkat dari mencium tangan Nadzir, sekali lagi dahinya dikucup.
                What?.... Betul larh kan, bila isteri mencium tangan suaminya, suami membalas dengan ciuman di dahi.
                Nadzir tersedar dari perbuatan refleksnya bila perasan isterinya dalam keadaan kaku. Sungguh aku tidak perasan aku mengucup dahinya. Badan ini bergerak sendiri. Dan sesi bergambar berterusan sehinggan jam 6 petang.
**********************************************************************************

                Selesai solat maghrib dan isyak berjemaah yang diimam Nadzir, aku terus pulang ke bilik. Aku tidak mahu sesiapa terperasan lakonan aku hari ini. Pandai jugak dia mengimam jemaah solat. Ingat tidak reti. Bisik hati Huda.
                Comforter ditarik dan Huda menyelubungi dirinya dengan comforter sebagai langkah keselamatan. Tudung sarung masih kemas tersarung di kepalanya. Huda memandang kawasan berdekatannya. Mencari apa-apa yang boleh dijadikan senjata sementara kalau-kalau lelaki itu bertindak pelik seperti petang tadi.
                Sejam, dua jam lamanya sudah Huda menunggu suaminya masuk sampai tersenguk-senguk tidur dirinya. Akhirnya Huda tertidur dalam keadaan terduduk bersama comforternya.
                Jam 12 baru Nadzir masuk ke bilik. Sengaja dia melambat-lambatkan masuk ke bilik. Tidak mahu menghadap isterinya. Dia tahu Huda tidak rela berkahwin dengannya kalau bukan kerana ibu ayahnya yang memaksa.
                “astaghfirullah.... duduk pun boleh tertido minah ni? Dengan comforter dan tudung bagai” Nadzir tersenyum pahit saat melihat isterinya.
                Comforter yang menyelubungi Huda dileraikan. Tudung sarungnya juga di cabut dengan berhati-hati. Perlahan-lahan Nadzir membaringkan Huda ke atas katil agar tidak membangunkannya. Selimut ditarik sehingga ke paras leher Huda.
                Bantal disebelah Huda diambil Nadzir. Comforter tadi Nadzir bentangkan ke atas lantai bersama bantal yang diambil sebentar tadi.
                “good night, sayang. Assalamualaikum” ubun-ubun Huda dikucup lembut Nadzir.
**********************************************************************************

                “ni semua salah kau!!! Kalau kau tak ade, mesti kita tak jadi macam ini!!!!” jerit Huda.
                Nadzir terdiam mendengar amarah Huda. Kali pertama dia melihat Huda menjerit seperti itu.
                “kalaulah kau tak mempermainkan perasaan perempuan-perempuan tuh!” matanya mula berkaca.
                “kalaulah kau bukan playboy....kita takkan jadi macam. AKU takkan jadi macam ni!!!!” tangisan Huda semakin kuat.
                Nadzir tetap diam mendengar kata-kata Huda. Hati lelakinya perlu kuat hadapi kejadian ini.  Kalau dia turut meletakkan emosinya dan bukan akal fikirannya, hal ini akan lebih teruk. Dia perlu kuat!
                Aku yakin ini angkara Fiza!
**********************************************************************************

                Azan subuh mula berkumandang. Huda menggosok-gosok matanya. Nyenyak sungguh dia tidur akibat kepenatan semalam.
                “astaghfirullah. Sudah pukul 6 pagi!” Pantas Huda menarik selimut dari badannya. Tetapi gerakannya terhenti bila terpandang lembaga sedang berdiri di sudut kanan bilik. Huda amati lembaga itu lama-lama.
                Fikirannya teringat sesuatu. “Allah! Aku lupa aku sudah bernikah semalam” jerit Huda dalam hati. Huda meraba kepalanya. Tudung takde! Macam mane aku boleh tertidur semalam ni... ahhh sudahlah. Subuh lagi penting.
                Perlahan kaki Huda menjejak lantai. Terasa sesuatu yang lembut berada di bawah kakinya. ‘comforter?’ teka Huda. Huda pandang ke bawah. Comforter dan sebiji bantal. ‘dia tidur kat sini ke malam tadi?’ soal hati Huda.
                “Huda?”
                Terkejut Huda mendengar namanya dipanggil.
                “taknak subuh ke?” ada sedikit nada sindir.
                Hishhhh...laki ni. Aku tau larh!

**********************************************************************************

                Blaus biru pekat bercorak batik di hujung lengan dan selendang hitam membuatkan Huda nampak kemas bergaya. Di tambah dengan beg nike hitam emas yang disandang , Huda nampak lebih  kasual dan sempoi.
                “ibu ayah, Huda pergi kampus dulu” tangan ibu dan ayahnya disalam.
                “Nadzir mana? Taknak gerak sekali dengan dia?” soal ibu.
                “takpe larh ibu. Dia kan lecturer Huda. Kalau Huda pegi dengan dia sekali nanti orang  tau rahsia kami pula. Huda boleh pergi naik motor je...” memang aku taknak pergi dengan dia pun, sengaja cari alasan.
                “pergi dulu. Assalamualaikum...” Sudah seminggu aku tidak hadir kuliah sebab sibuk dengan persiapan perkahwinan semalam. Seminggu itu jugalah mataku berair hampir setiap hari bila malam datang.
                Nadzir merupakan pensyarah sementara dikampusku sambil menunggu waktu untuk menunggu tawaran melanjutkan pelajaran dalam doktor falsafah jurusan seni bina. Aku sememangnya menggagumi dia kerana dalam usia semuda itu, 28 tahun, sudah hampir kepada doktor falsafah. Secara kebetulan dia merupakan anak kepada kenalan ayah dahulu, dan ini mula merapatkan kami.
                Aku tau dia amat popular dikalangan pelajar perempuan dan malah pensyarah-pensyarah wanita yang lain. Aku tidak kisah kerana hubungan kami tidak lebih seperti abang dan adik. Tetapi kejadian minggu yang lepas membuatkan aku tidak mahu untuk melihat wajahnya.
               
                Pintu bilik hotel dibuka dan Nadzir Farhan masuk dengan cemas.
                Huda yang tengah duduk di atas katil berdiri tegak dengan muka hairan. “abang An panggil Huda datang bilik hotel ni ke?”
                “bukan Huda yang suruh abang datang ke?”
                “Huda dapat call yang abang An sakit and suruh amik kunci bilik ni kat kaunter” jelas Huda.
                “tapi abang An dapat mesej,Huda yang sakit....”
                DING DONG! DING DONG! DING DONG!
                “sape pulak ni!!!” rungut Nadzir. Pintu bilik di buka.
“kami dari Jabatan Agama,kami dapat aduan ada maksiat bilik ini” Terkesima Huda dan abang An bila dituduh begitu.
“kami tidak buat apa-apa encik. Masakan saya sanggup buat begitu pada pelajar saya sendiri” bela Nadzir.
“jangan nak tipulah. Saya nampak diorang masuk bilik ni sama-sama encik!” seorang wanita muncul dari belakang pegawai Jabatan Agama.
‘Fiza! Kerja kau rupanya!’ getus Nadzir.
Padan muka kau. Ini akibatnya kau tolak cinta aku dan terima perempuan lain. Fiza memberikan pandang mata penuh dengan dendam dan senyuman sinis.
“encik ini semua fitnah! Perempuan ni fitnah saya!” jerit Nadzir.
                “sabar encik. Encik dan cik sila ke Jabatan Agama sekarang”
                “fitnah! Ini fitnah!!!” Huda sudah jatuh melutut ke lantai.
                Kenapa aku yang menjadi mangsa? Kenapa mesti aku?

                “ayah.....ni bukan salah Huda, ayah. Percayalah cakap Huda. Huda kena fitnah...” Huda melutut sambil menangis menagihkan secebis kepercayaan untuk dirinya.
                Huda beralih ke arah ibunya yang sedang menangis di kerusi. “ibu.....tolong percaya pada Huda. Ibu tau Huda takkan buat macam ni bukan. Tolong cakap kat ayah, Huda tak bersalah. Huda mangsa fitnah. Ibu....” Huda memeluk lengan ibunya sambil merayu.
                Sedikit demi sedikit pandangan mataku mula kabur, dan seketika segalanya menjadi hitam. Sekiranya itu mimpi, aku pinta bangunkan aku dari tidur. Sekiranya itu realiti, aku rela tidak bangun. Aku tidak sanggup melihat orang tuaku sedih. Aku tidak sanggup.
               
                “Huda da bangun sayang?” pandangan mata Huda melilau sekeliling. Bilik tidurnya.
                Ibu? Kenapa mata ibu lebam?
                Seketika kemudian, segala kejadian buruk itu kembali. Ini mimpi bukan? Sesiapa bangunkan aku. Bangunkan aku!
                “semua tipu kan ibu? Ibu? Tolong cakap semua tu tak berlaku!!!” raungan Huda semakin kuat.
                “sabar sayang...” rambut Huda dibelai lembut.
               
                Encik Fauzi muncul secara tiba-tiba di muka pintu bilik.“ayah nak Huda kahwin dengan Nadzir! Muktamad!”
                Huda terkejut mendengar arahan ayahnya.      
                “Huda...please sayang...dengar kata ibu. Huda sayang ibu dengan ayah kan. Nikah dengan dia, sayang”
                “tapi ibu...” air mataku jatuh sekali lagi. Cukup murah air mataku saat ini.
“taknak!”
                Encik Fauzi  berdiri di muka pintu bilik dan membelakangkan isteri dan anak perempuannya.
                “ayah....jangan buat macam ni ayah!!! Jangan palingkan muka ayah dari Huda, ayah! Huda tak nak jadi anak derhaka! Ayah...” Huda bangun dari katil dan melutut pada ayahnya. Air mataku mengalir lebih deras.
                “ibu...jangan nangis ibu. Air mata ibu tak ternilai harganya bagi Huda” Huda buntu. Dirinya terasa ditelan mati emak, diluah mati ayah.
                “huda....huda ikut cakap ayah. Huda nikah dengan dia. Jadi....ayah tolong jangan alihkan pandangan ayah dari Huda....”
                “minggu depan Huda nikah. Ayah akan mintak cuti dari kuliah” encik Fauzi terus bergerak meninggalkan Huda.
               
                Disebelah muka pintunya, Nadzir berdiri mendengar segala-galanya. Huda berdiri menghadap Nadzir.
                “ni semua salah kau!!! Kalau kau tak ade, mesti kita tak jadi macam ini!!!!” jerit Huda.
                Nadzir terdiam mendengar amarah Huda. Kali pertama dia melihat Huda menjerit seperti itu.
                “kalaulah kau tak mempermainkan perasaan perempuan-perempuan tuh!” matanya mula berkaca.” kalaulah kau bukan playboy....kita takkan jadi macam. AKU takkan jadi macam ni!!!!” tangisan Huda semakin kuat.
                “maafkan abang....Huda....untuk segala-galanya” Nadzir menanggalkan jaketnya dan menutup kepala Huda sebagai ganti hijab. Setelah itu, dia pergi meninggalkan rumah Huda.
**********************************************************************************

                Terkejut Huda bila melihat pakaiannya sudah berada dalam beg pakaian.
                “ibu, ayah..... nak halau Huda? Jangan halau Huda. Huda taknak pergi dari ibu dengan ayah....Huda rayu...jangan halau Huda....” matanya mengalir air lagi.
                “ibu tak halau Huda....Huda kan da jadi isteri orang. Tak manis kalau tinggalkan suami sorang-sorang” lembut ibunya memujuk.
                “jap nanti Nadzir datang ambil Huda” ujar ayah Huda.
                “Huda taknak.....” ucap Huda perlahan sambil tersedu-sedu.
                “Huda....” Huda tau bila ayahnya sudah buat keputusan tiada siapa yang boleh ubah. Dalam keterpaksaan, Huda mengangguk.
**********************************************************************************

                2 buah bagasi termasuk buku-buku pelajarannya sudah selamat berpindah ke apartment Nadzir. Cantik susunan apartment ini. Memang dapat dianggak memandangkan Nadzir dari jurusan seni bina. Pelajar jurusan itu selalunya berkebolehan dalam interior design sekali.
                “buka saje lah tudung awak tu. Bukannya ada orang lain. Ada saya je, suami awak”
                “taknak!”
                Degil... “bukak atau saya kiss awak lagi”
                Main ugut-ugut pulak. “yela...bising betul”perlahan suaranya merungut.
                “apa bising?”
                “haaa....takde larh....duduk apartment ni best. Tak bising....”
                “pape je merepek. Da pegi tido sana. Ingat isyak dulu”
                Huda menarik bagasinya berjalan masuk ke pintu bilik berwarna kelabu.
                “Huda....tu bilik abang. Huda nak tido dengan abang ke? Abang on je....”
                Merah mukanya bila dikacau sebegitu. “abes mana?”
                “pintu depan bilik abang. Abang da bersihkan semua” senyum Nadzir.
                Huda terus masuk ke biliknya secepat mungkin. Jantungnya bergerak cepat tadi.
                “good night, sayang” ucap nadzir perlahan.
**********************************************************************************
               
                “i said....kita gerak sama-sama!” arah Nadzir.
                “tak payah. Nanti kena fitnah lagi!”
                “biarlah orang nak fitnah. Kita da nikah, semua da halal!”
                “no!” Huda terus bergerak ke arah pintu.
                Nadzir pantas memegang tangan kanan Huda. “please, sayang... jangan buat abang macam ni. You know how much i care bout you....”
                Hati Huda menjadi lembut bila mendengar kata-kata lembut Nadzir. Agaknya inilah kelebihan seorang suami, dapat lembutkan hati isteri.
                “sekali sekala je!”
                “orait sayang!”
                “and don’t call me ‘sayang’!”
                “habis nak panggil ape? Elli?”
                “haaaaa? Huda da lah....”
                “kalau taknak?....Elli....please call me abang balik lepas ni ok”
                Huda sudah malas nak melayan Nadzir. Makin dilayan makin banyak benda merepek keluar nanti.
**********************************************************************************

                Habis basah tudung yang dipakai Huda disimbah jus oren.
                “perempuan gatal! Cara ape kau pakai sampai dia tergila-gila kat kau hah!?”
                Aku da agak akan jadi something lebih kurang macam ni kalau nampak aku rapat dengan dia. Kenapa aku?
                “huh! Nak cakap kau cantik? Aku rasa budak tepi jalan lagi lawa lah!”
                Da lebih ni! “da dia yang nak aku! mana aku tau! Nak tau pegi taye dia sendiri! Kecik-kecik taknak mampos, da besar susahkan orang pulak!” haaa...kan aku da pakai ayat kasar. “takat cantik tunjuk sana sini, baek tak payah lah...aku rasa orang paling tak cantik dalam dunia ni lagi mulia dari kau!”
                “kau!” tangan perempuan itu sudah mula hendak melayang ke pipi comel Huda.
                Lagi seinci nak mengenai pipi Huda, tangan perempuan itu ditahan seseorang.
                “stop it....”
                “nadzir...I...I....dia kutuk I...” haa....bohong!
                “stop it....you ingat I tak tau ape you buat kat wife I?”
                “wife? She....she’s your wife? Nonsense! I don’t believe it. Bila you kahwin, tak invite I pun”
                “da lama. Tak caya?” Nadzir mengeluarkan kad nikahnya. “da?”
                Nadzir terus menarik tangan Huda menaiki kereta. “sori Elli. Kita balik rumah, so, Elli tukar baju dulu...”
                Sampai sahaja tempat parker kereta, Huda terus berlari ke dalam apartment.
                “Elli!!!”

                “Elli? Nape tak tunggu abang tadi?”
                Huda mendiamkan diri.
                “Elli marah sebab perempuan tadi tu ke? Abang takde pape dengan dia. Dia yang terhegeh-hegeh kat abang. Serius!” Nadzir menarik tangan Elli.
                “le...paslah!” Huda menarik tangannya.
                “maafkan abang... sori...please Elli forgive me... abang promise tak buat Elli nangis lagi” Nadzir tarik Elli dalam pelukannya. Kali ini Huda tidak melawan.
                “ceraikan Huda!”
                “i won’t”
                “ceraikan!”
                “please...Elli...anything but that....abang takkan sesekali ceraikan Elli. Takkan sehingga hujung nafas abang!” suara Nadzir bergetar menahan air matanya
                “you have so many women wait for you! WHY ME?!”
                “BECAUSE I LOVE YOU!” jerit Nadzir.
                “because i need you” dahi Huda dicium.
                “because i live for you” pipi kanan Huda di cium.
                “and because i’ll die without you” pipi kiri Huda di cium.
                “so, please don’t ask to leave you...” air mata Huda jatuh akhirnya.
**********************************************************************************
               
                “kenapa sayang marah sangat hari tu?” tanya Nadzir manja.
                “because ramai minat abang lah....tetiba ngamuk pulak hari tu. Tu r jadi playboy lagi”
                “hehhhh....sori sikit. I’m not a playboy, okay. Diorang yang terhegeh-hegeh kat abang. Abang Cuma terhegeh-hegeh kat sayang sorang je. Tapi thanks kat minah tu, abang dapat sayang lagi cepat dari plan....”
                Dahi Huda dikucup sekali lagi oleh Nadzir.Huda membalas dengan kucupan di pipi kanan Nadzir. Hatinya sudah merelakan segalanya, dan semua yang terjadi padanya menjadi lebih indah. Syukur Alhamdulillah.


p/s- Jodoh dan pertemuan adalah kuasa tuhan. Redhakan segalanya, maka semua akan berjalan dengan lancar. And, lagi satu, pilihan mak abah paling terbaik! hahah

2 comments:

cik abbit said...

bes2

Fiqa Epy said...

kan3x..t ak nk ltak ag cerpen cnta yg best2,,

Post a Comment